Tuesday 7 August 2018

Friday 16 March 2018

        CARTA ORGANISASI PENGUSAHA KANTIN 


PERANAN PENGUSAHA KANTIN


Tanggungjawab Pengusaha Kantin

1.     Pekerja adalah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas
2.    Lesen perniagaan yang sah diperolehi daripada pihak berwajib
3.    Perjanjian dengan pihak sekolah dipatuhi
4.    Amalan kebersihan, kesihatan dan keselamatan di kantin sentiasa dititik beratkan.
5.    Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan peraturan lain pengurusan kantin sekolah yang berkuatkuasa wajib dipatuhi.
6.    Makanan yang dijual sentiasa bersih, bermutu, berkhasiat dan selamat.
7.    Pengendali makanan telah menjalani pemeriksaan kesihatan, menghadiri kursus pengendalian makanan dan dalam keadaan sihat.
8.    Pengendali makanan mengamalkan tabiat yang sihat semasa bertugas
9.    Bangunan kantin, kemudahan lain dan kawasan persekitaran sentiasa dalam keadaan bersih, ceria dan selamat.
10.  Pengendali makanan sentiasa berbudi bahasa semasa melayan pelanggan.
11.  Makanan bermasak disediakan dikantin sekolah
12.  Kantin tidak dijadikan sebagai tempat kediaman.
13.  Tiada memelihara haiwan atau berkeliaran di kawasan kantin
14.  Kantin dikendalikan dengan cekap dan efisien
15.  Kepentingan agama pelanggan diambilkira semasa membuat persediaan dan menyimpan makanan dan minuman
16.  Menjual hanya makanan dan minuman yang halal 
(Sila rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil 1/10/981 bertarikh 9 Februari 1981)
17.  Pengendali makanan telah diakui sihat oleh Pegawai Perubatan
18.  Semua pengendali makanan berpakaian sopan, lengkapdan bersih
19.  Pengendali makanan menjaga kebersihan diri dan mengelakkan amalan-amalan yang boleh menyebabkan pencemaran terhadap makanan dan minuman.
20.  Memastikan pengendali menjual makanan yang bersih, bermutu, berkhasiat dan selamat.
21.  Semua pengendali makanan telah diberi pelalian typhoid dan sihat semasa mengendalikan makanan
22.  Pengendali makanan telah menghadiri Kursus Pengendalian Makanan
23. Segala panduandan peraturan seperti yang terkandung dalam buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah dipatuhi.
 24.  Makanan dan minuman dari luar yang dijual di kantin sekolah hendaklah bersih, bermutu, berkhasiat dan selamat untuk dimakan. Maklumat mengenai pembekal dari luar hendaklah dimaklumkan kepada jawatankuasa kantin sekolah.
  25. Pengusaha hendaklah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pengisian borang atas talian (online) di alamat: http://fosimdomestic.moh.gov.my. Pendaftaran adalah percuma dant empoh sah laku adalah selama tiga tahun. Pembaharuan pendaftaran perlu dibuat 30 harisebelum tarikh tamat tempoh tersebut.


Thursday 15 March 2018

Thursday 8 March 2018

CARTA ORGANISASI PENGUSAHA KANTIN


PERATURAN 

1. Beratur di laluan yang disediakan semasa membeli makanan di kantin.
2. Jangan berebut-rebut semasa membeli makanan dan minuman.
3. Duduk di tempat yang disediakan selepas membeli makanan dan minuman.
4. Membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
5. Membaca doa sebelum dan selepas makan.
6. Makan dan minum dalam keadaan tertib.
7. Jangan bercakap ketika makan dan minum.
8. Jangan membuat bising semasa berada di kantin.
9. Letakkan bekas makanan dan minuman di dalam tempat yang telah disediakan.
10.Buangkan pembungkus makanan dan minuman ke dalam tong sampah.
11.Jimatkan penggunaan air semasa membasuh tangan.
12.Dilarang membeli mkanan selepas loceng tamat rehat berbunyi.