KUNJUGAN PEGAWAI JABATAN PENDIDIKAN PERAK.
KAFETERIA SKAT
Tuesday, 7 August 2018
Friday, 16 March 2018
PERANAN PENGUSAHA KANTIN
25. Pengusaha hendaklah berdaftar dengan
Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pengisian borang atas talian (online) di
alamat: http://fosimdomestic.moh.gov.my. Pendaftaran adalah percuma dant
empoh sah laku adalah selama tiga tahun. Pembaharuan pendaftaran perlu dibuat
30 harisebelum tarikh tamat tempoh tersebut.
Tanggungjawab
Pengusaha Kantin
1. Pekerja adalah warganegara Malaysia yang
berumur 18 tahun keatas
2. Lesen perniagaan yang sah diperolehi daripada
pihak berwajib
3. Perjanjian dengan pihak sekolah dipatuhi
4. Amalan kebersihan, kesihatan dan keselamatan di
kantin sentiasa dititik beratkan.
5. Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan
Makanan 1985 dan peraturan lain pengurusan kantin sekolah yang berkuatkuasa
wajib dipatuhi.
6. Makanan yang dijual sentiasa bersih, bermutu,
berkhasiat dan selamat.
7. Pengendali makanan telah menjalani pemeriksaan
kesihatan, menghadiri kursus pengendalian makanan dan dalam keadaan sihat.
8. Pengendali makanan mengamalkan tabiat yang
sihat semasa bertugas
9. Bangunan kantin, kemudahan lain dan kawasan
persekitaran sentiasa dalam keadaan bersih, ceria dan selamat.
10. Pengendali makanan sentiasa berbudi bahasa semasa melayan pelanggan.
11. Makanan bermasak disediakan dikantin sekolah
12. Kantin tidak dijadikan sebagai tempat kediaman.
13. Tiada memelihara haiwan atau berkeliaran di kawasan kantin
14. Kantin dikendalikan dengan cekap dan efisien
15. Kepentingan agama pelanggan diambilkira semasa membuat persediaan dan
menyimpan makanan dan minuman
16. Menjual hanya makanan dan minuman yang halal
(Sila
rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil 1/10/981 bertarikh 9 Februari 1981)
17. Pengendali makanan telah diakui sihat oleh Pegawai Perubatan
18. Semua pengendali makanan berpakaian sopan, lengkapdan bersih
19. Pengendali makanan menjaga kebersihan diri dan mengelakkan amalan-amalan
yang boleh menyebabkan pencemaran terhadap makanan dan minuman.
20. Memastikan pengendali menjual makanan yang bersih, bermutu, berkhasiat
dan selamat.
21. Semua pengendali makanan telah diberi pelalian typhoid dan sihat semasa
mengendalikan makanan
22. Pengendali makanan telah menghadiri Kursus Pengendalian Makanan
23. Segala panduandan peraturan seperti yang terkandung dalam buku Panduan
Pengurusan Kantin Sekolah dipatuhi.
24. Makanan dan minuman dari luar yang
dijual di kantin sekolah hendaklah bersih, bermutu, berkhasiat dan selamat
untuk dimakan. Maklumat mengenai pembekal dari luar hendaklah dimaklumkan
kepada jawatankuasa kantin sekolah.
Thursday, 15 March 2018
Thursday, 8 March 2018
PERATURAN
1. Beratur di laluan yang disediakan semasa
membeli makanan di kantin.
2. Jangan berebut-rebut semasa membeli makanan
dan minuman.
3. Duduk di tempat yang disediakan selepas
membeli makanan dan minuman.
4. Membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
5. Membaca doa sebelum dan selepas makan.
6. Makan dan minum dalam keadaan tertib.
7. Jangan bercakap ketika makan dan minum.
8. Jangan membuat bising semasa berada di
kantin.
9. Letakkan bekas makanan dan minuman di dalam
tempat yang telah disediakan.
10.Buangkan pembungkus makanan dan minuman ke dalam tong sampah.
11.Jimatkan penggunaan air semasa membasuh tangan.
12.Dilarang membeli mkanan selepas loceng tamat rehat berbunyi.
Subscribe to:
Posts (Atom)