Thursday, 8 March 2018

Setiap sekolah yang mempunyai kantin, dikehendaki menubuhkan Jawatankuasa Kantin yang di anggotai oleh wakil- wakil guru, staf sokongan da nmurid. Saiz keahlian serta kekerapan mesyuarat ditentukan oleh jawatan kuasa ini.


Jawatankuasa kantin adalah terdiri daripada:

Pengerusi                         : Pengetua atau Guru Besar

NaibPengerusi                 : Guru Penolong (HEM)

Setiausaha                       : Guru Kantin

AhliJawatankuasa           : Penolong Kanan Pentadbiran
PenolongKananKokurikulum
PenyeliaPetang
Wakil Guru
Wakil PIBG (ibubapa)
Wakil Lembaga Pengurus Sekolah                                                                
Wakil Kakitangan Sokongan
Wakil Murid


Peranan Jawatankuasai ini :

1.     Membantu Pengetua atau Guru Besar dalam usaha membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian berkaitan dengan pengurusan kantin.
2.    Menerima dan menyampaikan maklum balas dan cadangan dari pada pihak murid, guru, staf sokongan, ibubapa kepada Pengetua atau Guru Besar tentang pengurusan kantin.
3.    Menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti pendidikan dan kempen yang berkaitan dengan kantin.
4.    Memastikan pelaksanaan Program Kendiri Kantin Sekolah dilaksanakan dengan baik.


Tanggungjawab Pengetua atau Guru Besar.

Pengetua atau Guru Besar bertanggungjawab untuk memastikan:

1.     Kantin sentiasa selamat, bersih dan ceria
2.    Semua kemudahan di kantin sentiasa bersih, selamat dan berfungsi
3.    Peraturan-peraturan yang disediakan dipatuhi
4.    Setiap kes yang disyaki keracunan makanan hendaklah diambil tindakan segera dengan menghantar murid yang terlibat untuk menerima rawatan dan melaporkan serta merta kepada pihak-pihak berwajib mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.
5.    Kandungan buku Panduan Pengurusan Kantin sekolah sihat hendaklah dipatuhi.
6.    Pengusaha kantin hendaklah menyediakan makanan bermasak di kantin.
7.    Pengusaha kantin mengambilkira kepentingan agama pelanggan apabila menyedia serta menyimpan makanan dan minuman.
8.    Pengusaha kantin menyedia serta menjual makanan dan minuman yang halal.
(Silarujuk Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1981 bertarikh 9 Februari 1981)
9.    Pengusaha kantin tidak memelihara atau membiarkan haiwan berkeliaran di kawasan kantin sekolah. 10.  Pengusaha kantin menjual makanan mengikut senarai barang-barang makanan dan minuman yang terdapat dalam sebut harga.
11.  Pengusaha kantin mempunyai lesen perniagaan yang sah.


Tanggungjawab Jawatankuasa Kantin Sekolah.

Jawatankuasa Kantin Sekolah bertanggungjawab membantu Pengetua atau Guru Besar dalam usaha menyelia kantin dan memastikan:

1.     Kebeersihan kemudahan, alat kelengkapan dan kawasan persekitaran kantin
2.    Kebersihan, mutu, khasiat dan keselamatan makanan dan minuman yang dijual
3.    Harga berdasarkan perjanjian
4.    Keselamatan di kantinsekolah
5.    Kesopanan, Kebersihan dan kesihatan penngendalian makanan
6.    Menyedikan laporan harian kantin dan Program Kendiri Kantin Sekolah
7.    Murid sentiasa berdisiplin, bersopan santun dan mengamalkan budi pekerti yang baik semasa berada di kantin
8.    Makanan dan minuman yang dijual mencukupi
9.    Kantin dikendalikan dengan cekap dan efisien




JAWATAN KUASA KANTIN 





PIAGAM PELANGGAN 

1.Menyediakan makanan yang halal mengikut syarak dan bersih penyediaannya bagi mengelakkan keracunan makanan.


2. Menyediakan makanan yang seimbang dan berkualiti bagi  fizikal  yang cergas dan minda yang cerdas.


3.Mengutamakan keperluan pelanggan semasa menggunakan premis ini.
  
4.Menyediakan perkhidmatan terbaik dan mesra kepada pelanggan                  
  
5. Mematuhi garis panduan pengendalian kantin yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia






OBJEKTIF 


1.Mempertingkatkan kualiti semasa penyediaan,penyajian dan penyimpanan makanan dalam keadaan bersih dan selamat.

2.Mempertingkatkan pengurusan kantin dalam keadaan bersih,selamat dan ceria.

3.Menyediakan suasana tempat makan atau kafe yang bersih,sihat,selamat dan amat selesa.

 4.Mewujudkan hubungan dua hala antara pengurusan sekolah dan pengusaha kantin dalam usaha menyediakan perkhidmatan terbaik.

5.Mewujudkan budaya ilmu kepada murid dengan informasi-informasi yang terkini di sekitar kafe



MISI



Merancang dan melaksanakan aktiviti yang relevan dan berkualiti bagi  perkembangan jasmani,emosi,rohani,intelek dan  spiritual murid menerusi makanan dan minuman yang disediakan oleh  KANTIN  SKAT


VISI 



Mewujudkan persekitaran kafe yang kondusif, bersih, sihat dan selamat serta salah satu medium penyebaran ilmu dan info kepada seluruh warga SKAT khasnya dan komuniti setempat amnya.



MOTO

1.Melahirkan persekitaran kafe yang ceria,selesa dan sihat  yang mana pengusaha kantin mahir dan berilmu dalam  penyediaan makanan dan minuman yang sihat.

2.Menjanjikan persekitaran kafe yang selamat daripada kemalangan dan keracunan makanan semasa penyediaan dan menjamu selera.

3.Menyediakan kafe  yang menerapkan budaya ilmu melalui informasi dan inovasi yang diberi serta mengamalkannya semasa berada di mana jua

KANTIN bermaksud bermaksud tempat untuk menjual makanan dan minuman dan tempat makan dan minum di pejabat atau sekolah. Kantin sekolah memberikan peluang untuk mengembangkan tingkah laku dan kebiasaan positif dalam kalangan pelajar. Hal-hal berikut dapat diambilkira oleh pengurusan sekolah untuk memperbaiki persekitaran kantin sekolah:
1.     menentukan prosedur untuk menutup dan membuka kantin atau apabila pelajar memasuki dan meninggalkan kantin.

2.     Memperhatikan semua tingkah laku pelajar dalam kantin.

3.     Menyusun suatu aturan pembayaran yang tidak merugikan kantin.

4.     Membuat susunan tempat duduk yang sesuai.

5.     Menentukan peraturan bagi membentuk tatasusila pelajar di meja makan.

6.     Mengatur dekorasi dan informasi,  seperti: lukisan, poster-poster kesihatan.

7.     Mengatur pelajar yang makan dengan membawa makanan sendiri, menyusun prosedur, pengembalian peralatan atau tempat makanan dan pada saat meninggalkan ruangan makan.

Dengan demikian, kewujudan kantin di sekolah tidak hanya sekadar untuk memenuhi keperluan makan dan minum warga sekolah semata-mata, namun dapat dijadikan sebagai ruang untuk mendidik warga sekolah tentang kesihatan, kebersihan, kejujuran , saling menghargai, disiplin dan nilai-nilai lain. Di sinilah kepentingan pengurusan kantin sekolah sebagai salah satu aspek pengurusan sekolah.